Glitter Words

Thursday, May 26, 2011

Lawatan Prasekolah

Tajuk : Lawatan Prasekolah ke Perpustakaan Awam Taman Universiti
Hari : Rabu
Tarikh: 25 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Jawatan pengurusan prasekolah SK Kangkar Pulai 2 telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan satu lawatan ke perpustakaan awam Taman Universiti pada tahun ini. Acara ini merupakan satu aktiviti tahunan prasekolah.Lawatan ini diuruskan oleh Cikgu Rozita, Cikgu Rosli dan Puan Najuwana.
Murid-murid bertolak dari sekolah pada jam 8.45 pagi dengan menaiki bas yang telah ditempah. kami sampai di perpustakaan pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Puan Najidah Othman. Di samping melawat perpustakaan kita juga mengadakan aktiviti mewarna batik DIY yang di uruskan oleh Pn. Angela.

Selain itu, makanan murid prasekolah disediakan oleh pihak Mc Donald yang datang menguruskan dan juga mengadakan permainan untuk murid-murid. Terima kasih di atas layanan dan cenderahati dari pihak Puan Najidah selaku ketua cawangan perpustakaan Taman Universiti.
Majlis selesai pada jam 2.00 petang . Murid-murid gembira dengan hasil mewarna batik masing-masing.


Penerangan oleh Pn. Najidah iaitu Ketua Cawangan Perpustakaan


Gambar Batik 1 Malaysia yang akan diwarnakan oleh murid-murid


Murid prasekolah sedang kyusuk mewarna batik masing-masing






Ini adalah hasil batik yang telah siap diwarnakan.




Murid-murid dengan hasil batik


Acara permainan yang dikendalikan oleh pihak Mc donald




Murid-murid menjamu selera

No comments:

Post a Comment