Glitter Words

Tuesday, November 30, 2010

Kad KVKV

Salam... Akhirnya siap juga kad KVKV ni.. kad ini boleh digunakan sebagai ABM atau hiasan untuk diletakkan di Tunjang Komunikasi.. kepada sesiapa yang berminat boleh la Download..

Kad Bacaan Murid

Salam... cuti minggu pertama saya berjaya menyiapkan kad bacaan murid prasekolah untuk kegunaan pada tahun 2011.. ini akan digunakan oleh guru pra untuk mengajar murid membaca dari peringkat awal lagi..

kad ini saya akan print, potostat dan laminate sorang satu untuk dibawa balik ke rumah masing-masing..

Jadi...sesiapa yang berminat boleh Download...

Thursday, November 25, 2010

CUTI SEKOLAH

Sekarang dah start cuti...lega la..x sibuk nagn budak-budak lagi..
jadi bermula la sesi menaip, print, liminate, gunting & tampal..
untuk time skg aku tgh wat kad bacaan budak mcm kvkv, kvk, kvkvkn sewaktu dengannya..
pas 2 kene print, potostat untuk 25 orang n kene liminate lak..
biase la.. ni diantara keje-keje waktu cuti sekolah..
nanti dah siap tgk la hasilnya...

Tuesday, November 16, 2010

Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Prasekolah

Hari: Isnin
Tarikh: 15 November 2010
Tempat: Laluan Ilmu SK Kangkar Pulai 2

Selesai satu program prasekolah iaitu majlis konvokesyen dan hari anugerah cemerlang di sekolah SK Kangkar Pulai 2. Murid prasekolah mengadakan satu persembahan nyanyian yang bertajuk " The Hockey Pockey ".


Persiapan murid-murid sebelum konvokesyen bermula....


persembahan murid prasekolah iaitu nyanyian " The Hockey pockey"

Murid lelaki yang menyertai persembahan antaranya Muhammad Nabil Anaqi , Harith Zireen , Akmal Hakim dan harris Afendy.

Murid perempuan yang menyertai persembahan ialah Dahlia Nadhira, Nur Enisa Qarina, Nur Azlieza ,Nurul Ain dan Anis Insyirah.



Tuesday, November 2, 2010

Lawatan ke Mc Donald UTM Skudai & Sambutan Hari Lahir Fasa 2

Hari: Selasa
Tarikh: 2 November 2010
Masa: 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Mc Donald UTM Skudai

Sambutan Hari Jadi murid prasekolah fasa 2.

Makanan disediakan oleh pihak McD iaitu set burger, kek & party pack.

2 jenis game yang disediakan oleh pihak McD iaitu baling belon dan rebut kerusi.


Lawatan ke dapur McD untuk melihat peralatan yang digunakan untuk memasak, cara-cara memasak makanan dan cara penyimpanan barang kering atau barang basah.

Acara memotong kek hari jadi.

Thursday, October 21, 2010

Pertandingan Mewarna Anjuran Utusan Malaysia

Hari ini 21 Oktober 2010 telah berlangsung satu pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM5.. terdapat 3 kategori iaitu Prasekolah, tahap 1 dan tahap 2.
Bagi kategori prasekolah tempat pertama dimenangi oleh Norazlieza, tempat kedua pula dimenangi oleh Iskandar manakala tempat ketiga dimenangi oleh Fatin. Tahniah!! Saguhati telah mendapat beg sekolah setiap seorang.
Kami berharap Utusan Malaysia akan berkunjung lagi di SK Kangkar Pulai 2 lagi pada tahun hadapan.. Terima kasih UTUSAN MALAYSIA !!!




Saturday, October 16, 2010

SENARAI FAIL YANG PERLU ADA DALAM KELAS PRASEKOLAH

1)Fail Panitia - Senarai AJK / carta organisasi / jadual waktu /sukatan & huraian / rancangan tahunan / takwim / carta gantt / surat panggilan mesyuarat / minit mesyuarat / biodata guru , ppm & guru pendidikan islam.

2)Fail Pengurusan prasekolah - Arahan2 / pekeliling.

3)Rekod perkembangan murid - Senarai semak / Rekod anekdot / rekod berterusan / Analisis kajian 3m / Junior kids Programs.

4)Fail peribadi murid - Salinan surat beranak / ic ibubapa / rekod kesihatan murid / sijil sakit.

5)Fail Hasil Kerja Murid - Individu / kumpulan

6)Fail Permuafakatan - Senarai AJK / surat panggilan mesyuarat / minit mesyuarat.

7)Fail Pemilihan murid prasekolah - Senarai AJK / senarai nama murid & pendapatan ibubapa / surat panggilan mesyuarat / minit mesyuarat.

8)Fail kewangan - Jumlah terimaan PCG / Perbelanjaan / pembelian / lawatan / tajaan dll.

9)Fail mesyuarat / taklimat / kursus /seminar - surat panggilan / Hands-out

10)Fail stok - Inventori ( Borang KEW PA3 & KEW PA 5 ) - peralatan yang tidak perlu diselenggaratapi mesti ada pelupusan. / Harta Modal ( Borang KEW PA2 & KEW PA 4 ) - peralatan yang perlu penyelenggaraan berjadual / tdk berjadual yang perlu pelupusan / peralatan pejabat ( Borang J3 & J4) - peralatan pakai buang / ( Borang KEW PA7 ) - senarai peralatan modal & inventori dalam kelas dan di tampal pada dinding.

11)Fail Meja Guru & PPM

12)Buku Rekod Pelawat

13)Buku Rekod Keluar Masuk Murid

14)Buku Rekod Pergerakan Guru & PPM

Cuti Bersalin


Pada 18 Oktober 2010, hari Isnin saya telah mula bertugas semula setelah cuti selama 2 bulan.. bestnye.. dah lame duduk umah, boring lak.. tapi ini ari pertama hantar baby pada orang jaga.. Arap-arap ibu Ina akan jaga Haziq macam anak sendiri..

Nama baby Muhammad Aqil Haziq bin Khairu Ahnal Auzi..

Lahir pada 18. ogos 2010 jam 2.19 pagi. Berat 3.19kg..

Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ibubapa, agama dan negara..

Amin....


Pemeriksaan Kesihatan Murid Prasekolah

Murid-murid beratur untuk pemeriksaan dan mendengar penerangan penjagaan

gigi yang betul.

Murid-murid sedang diperiksa oleh doktor dan jururawat.







Sunday, July 4, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR FASA 1



pada 2 Julai 2010, hari jumaat prasekolah SKKP 2 telah mengadakan satu sambutan hari lahir untuk kanak-kanak prasekolah. Sambutan ini adalah untuk meraikan murid prasekolah yang lahir pada bulan Januari hingga Jun 2010. Berbagai juadah telah disediakan untuk meraikan murid-murid. Antaranya ialah sate, nasi himpit, kentang goreng, kek, hot dog, wafer, gula-gula dan lain-lain lagi. Murid-murid berasa sungguh gembira kerana mendapat hadiah.. murid yang lahir pada bulan Julai - Disember juga akan diraikan pada sesi ke 2 selepas hari raya nanti..


Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.

Hari terbuka Prasekolah

Pada 1 Julai 2010 iaitu pada hari Khamis, satu perjumpaan ibubapa murid-murid prasekolah SKKP 2 dengan guru kelas iaitu Puan Rozita bt Ahmad.

Terima kasih kepada semua ibubapa di atas kerjasama yang diberikan untuk datang berjumpa dengan guru anaknya untuk mengetahui apa-apa masalah anak mereka...

terima kasih semua..

Thursday, June 10, 2010

Kursus penyediaan makanan

Pada 9 Jun 2010 iaitu hari rabu, kami PPM Daerah Kulai seramai 55 orang telah menghadiri Kursus Penyediaan Makanan di SMK Sultan Ibrahim, Kulai. Kami dibimbing oleh Puan Sahilah Baba iaitu Guru ERT sekolah tersebut.

Kami dibahagi 2 kumpulan kerana bilik masakan tidak dapat menampung kesemuanya. jadi kumpulan pertama akan memasak sebahagian menu manakala kump 2 pula akan belajar pengurusan meja makan. Kami belajar buat lipatan napkin berbagai bentuk seperti kipas, lilin, tanjak, songkok dan macam-macam lagi... syok betul....Ini adalah hasil kerja tangan kami. Selain itu, kami telah masak spageti bolonies, nurget ayam, kebab ikan, kek cawan, ban batu karang, piza mini, sandwich, cucur udang, sardin roll dan rojak buah. Ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Sahilah Baba di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan. Tidak lupa juga kepada Puan Pengetua SMK Sultan Ibrahim yang sporting sama-sama menjamu selera dengan kami.

Ucapan terima kasih kepada pihak JPN Johor yang memberi peruntukan kepada PPM Prasekolah dan terima kasih kepada En. Azizan b Jantan yang menguruskan kursus ini walaupun beliau tidak lagi bersama kami.

Ini adalah kenangan bersama Puan Sahilah bt Baba....

Tuesday, May 25, 2010

Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Kulaijaya Kali Ke 6 2010

Pada hari rabu, 19 Mei 2010 bertempat di Stadium Bandar Tenggara, Kulaijaya telah berlangsung satu temasya Kejohanan Olahraga Prasekolah untuk kali ke 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan haji Bahrom bin Ali iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kulai. Majlis ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 60m, lari 80m, lompat tinggi, lompat jauh, baling bola lisut dan 4 x 50m. Pada kejohanan kali ini, Prasekolah SK Kangkar Pulai tidak memenangi apa-apa kemenangan.. nampaknya,, tiada rezeki la...
Kita cuba lagi pada tahun hadapan. Insyaallah...
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA