Glitter Words

Thursday, May 26, 2011

Lawatan Prasekolah

Tajuk : Lawatan Prasekolah ke Perpustakaan Awam Taman Universiti
Hari : Rabu
Tarikh: 25 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Jawatan pengurusan prasekolah SK Kangkar Pulai 2 telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan satu lawatan ke perpustakaan awam Taman Universiti pada tahun ini. Acara ini merupakan satu aktiviti tahunan prasekolah.Lawatan ini diuruskan oleh Cikgu Rozita, Cikgu Rosli dan Puan Najuwana.
Murid-murid bertolak dari sekolah pada jam 8.45 pagi dengan menaiki bas yang telah ditempah. kami sampai di perpustakaan pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Puan Najidah Othman. Di samping melawat perpustakaan kita juga mengadakan aktiviti mewarna batik DIY yang di uruskan oleh Pn. Angela.

Selain itu, makanan murid prasekolah disediakan oleh pihak Mc Donald yang datang menguruskan dan juga mengadakan permainan untuk murid-murid. Terima kasih di atas layanan dan cenderahati dari pihak Puan Najidah selaku ketua cawangan perpustakaan Taman Universiti.
Majlis selesai pada jam 2.00 petang . Murid-murid gembira dengan hasil mewarna batik masing-masing.


Penerangan oleh Pn. Najidah iaitu Ketua Cawangan Perpustakaan


Gambar Batik 1 Malaysia yang akan diwarnakan oleh murid-murid


Murid prasekolah sedang kyusuk mewarna batik masing-masing






Ini adalah hasil batik yang telah siap diwarnakan.




Murid-murid dengan hasil batik


Acara permainan yang dikendalikan oleh pihak Mc donald




Murid-murid menjamu selera

Friday, May 20, 2011

Sambutan Hari Guru Prasekolah Raudhah

Tajuk: Sambutan Hari Guru bersama murid Prasekolah Raudhah
Tarikh: 18 Mei 2011
Hari: Rabu
Masa:7.30 pagi - 11.30 pagi

Aturcara majlis
7.30 - 7.50 : Murid bersarapan
7.50 - 8.00 : Penerangan tentang majlis ini
8.00 - 8.40 : Sukaneka ( acara tiup belon dan rebut kerusi )
8.40 - 9.40 : Pertandingan mewarna TERIMA KASIH CIKGU
9.40 - 10.00: Jamuan makan
10.00 - 11.00 : Pertandingan mencipta kad hari guru
11.00 - 11.20 : Penyampaian hadiah
11.20 - 11.30 : Kemas kelas dan pulang.

Senarai Pemenang
1. Acara tiup belon
Pertama - Imanina bt Mohd Zaire
Kedua - Muhammad Amin b Azri
Ketiga - Umairah bt Mohd Afenddy

2. Acara rebut kerusi
Pertama - Hasif Hazlami b Zulkifli
Kedua - Mohd Roszaidi b Rosli
Ketiga - Nurizzatul Awatif bt Abd Jalil

3. Pertandingan mewarna
Pertama - Sh. Damia Hazirah bt Sy Abu Bakar
Kedua - Mohd Roszaidi b Rosli
Ketiga - Izzatul Hidayah bt Romaino Risham

4. Pertandingan Mencipta kad Hari Guru
Pertama - Nurizzatul Awatif bt Abd Jalil
Kedua - Umairah bt Mohd Afenddy
Ketiga - Muhammad Fitri Hariz




























Terima kasih semua di atas kerjasama yang diberikan. Tahun depan kita berjumpa lagi. Insyaallah..

Kejohanan Balapan & Olahraga Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011

Tajuk: Olahraga Prasekolah Peringkat Daerah Kulaijaya
Tarikh: 10 Mei 2011
Hari: Selasa
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Pada 10 Mei 2011, telah diadakan satu temasya olahraga prasekolah peringkat daerah Kulaijaya. Prasekolah SK Kangkar Pulai 2 telah menghantar seramai 14 orang atlit yang merangkumi 2 kelas prasekolah Raudhah dan prasekolah Firdaus. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 80m lelaki dan perempuan, lari 100m, 4 x 80m, lompat jauh, lompat tinggi dan juga baling bola lisut.
Olahraga ini dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah kulaijaya. Dalam acara lompat tinggi perempuan sahaja yang telah memenangi tempat kedua dan akan mewakili peringkat negeri. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Syukor b Marzuki iaitu pegawai prasekolah Daerah Kulaijaya. Tahniah kepada yang menang dan usaha lagi bagi yang tidak berjaya. Jom layan pic kat bawah!!!











Monday, May 9, 2011

Sambutan Hari Lahir Murid Prasekolah Raudhah ( Jan- Mei )

Tajuk: Sambutan Hari Lahir


Tarikh: 29 April 2011


Hari: Jumaat


Anjuran: Prasekolah Raudhah




Kek Birthday murid


kenangan bersama cikgu Rozita dan yang diraikan.


Kenangan bersama kak Najwa bersama yang diraikan.



Murid-murid menjamu selera.










Antara permainan yang diadakan ialah tiup belon sampai pecah, rebut kerusi dan puzzle.







hadiah-hadiah kepada yang diraikan dan hadiah sukaneka.

















Antara penerima hadiah hari lahir pada hari tersebut.