Glitter Words

Tuesday, May 25, 2010

Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Kulaijaya Kali Ke 6 2010

Pada hari rabu, 19 Mei 2010 bertempat di Stadium Bandar Tenggara, Kulaijaya telah berlangsung satu temasya Kejohanan Olahraga Prasekolah untuk kali ke 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan haji Bahrom bin Ali iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kulai. Majlis ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 60m, lari 80m, lompat tinggi, lompat jauh, baling bola lisut dan 4 x 50m. Pada kejohanan kali ini, Prasekolah SK Kangkar Pulai tidak memenangi apa-apa kemenangan.. nampaknya,, tiada rezeki la...
Kita cuba lagi pada tahun hadapan. Insyaallah...
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Kenangan Bersama Guru Praktikum

Salam perkenalan dan alu-aluan buat 2 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru yang telah memulakan tugasnya pada 18 Januari 2010 sehingga 30 April 2010 di Prasekolah ini. Puan Nor Fadillah bt Khalid dan Puan Suhana bt Sulaiman adalah guru praktikum fasa 11 yang bersama-sama membimbing murid-murid untuk meningkatkan lagi pembelajaran.

Terima kasih di atas segala pertolongan dan bantuan yang dihulurkan selama bertugas di sini. Segala jasa dan pengorbananmu akan kami kenang selamanya.....



Konvokesyen Prasekolah Tahun 2009


Pada 10 November 2009 bertempat di TJ Mart , Kulai telah berlangsung Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Kulai. Seramai 25 orang murid prasekolah SK Kangkar Pulai 2 telah menerima sijil tamat prasekolah. Adik Nur Alia Syuhadah bt Mohd Fitri telah diumumkan sebagai murid cemerlang tahun 2009.




Lawatan ke Melaka

Pada 3 November 2009, seramai 25 orang murid prasekolah dan diiringi 2 orang guru para telah menyertai lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka.Bas yang membawa rombongan ini bertolak pada pukul 7.30 pagi dan tiba di destinasi pertama iaitu Zoo Melaka tepat jam 10.30 pagi.


Murid-murid kelihatan sungguh teruja melihat haiwan yang terdapat di zoo ini. Kira-kira 2 jam melawati kawasan zoo, mereka berangkat ke destinasi kedua. Letih dan seronok bercampur baur di hati mereka. Lebih-lebih lagi, guru-guru yang melayan murid-murid sepanjang lawatan.

Mereka juga menaiki River Cruise menyusuri Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan indah. Destinasi terakhir ialah Kolam Air Panas di Jasin. Rombongan berhenti rehat dan makan tengah hari. Mereka berangkat pulang dari Kolam Air Panas dan selamat sampai di perkarangan sekolah kira-kira jam 9.00 malam.

Pembinaan Taman Mini Herba Prasekolah. Siap dibina pada tahun 2008.

Monday, May 24, 2010

Latar belakang

Prasekolah SK Kangkar Pulai 2 dirasmikan pada bulan Disember 2004 dan Pembelajaran bermula pada Januari 2005. Pada awal penubuhannya, seramai 25 orang murid yang mendaftar. Dirasmikan oleh En. Jaafar bin Warmat iaitu Guru Besar SK Kangkar Pulai 2.

Bangunan prasekolah merupakan hasil pengubahsuaian 2 kelas. Guru kelas prasekolah yang pertama dan sehingga kini ialah Puan Rozita bt Ahmad manakala PPM pertama ialah Puan Normala ( PPM Kontrak ) sehingga PPM N17 iaitu Puan Najuwana bt Mohd Rosli melapor diri pada 15 September 2005.

Prasekolah ini biasanya menjadi pilihan penduduk sekitar seperti penduduk Taman Pulai Indah, Bandar Baru Kangkar Pulai dan rumah pangsa Kangkar Pulai.

Prasekolah ini terletak di bawah penyeliaan PPD Kulai. Adalah menjadi harapan Kelas Prasekolah SK Kangkar Pulai 2 ini dapat memberikan pembelajaran yang bermutu kepada murid-muridnya.