Glitter Words

Tuesday, July 3, 2012

Permohonan Prasekolah 2013

Perhatian kepada semua ibubapa:

Permohonan Prasekolah di SK Kangkar Pulai 2 telah dibuka pada 1 JUN 2012 sehingga 30 Ogos 2012.
Borang permohonan boleh di ambil di kelas Prasekolah Raudhah.
Sila lengkapkan borang permohonan dan kepilkan sekali
  • Salinan surat beranak anak
  • Salinan ic ibubapa
  • salinan slip gaji ibubapa
  • disahkan oleh ketua kampung, majikan suami isteri.
  • sampul surat beralamat sendiri serta setem RM1
Tarikh tutup permohonan ialah 30 Ogos 2012..

Sambutan Hari lahir Murid Prasekolah Raudhah Fasa 1

    Pada 25 Mei 2012, telah diadakan sambutan hari lahir murid prasekolah Raudhah kali pertama yang lahir dari bulan januari sehingga bulan Jun.
          Sambutan ini dimulai dengan ucapan guru kelas tentang tentatif program. selepas itu, murid-murid diadakan pertandingan mewarna gambar kaum 1 Malaysia. 
    Selepas itu, murid-murid menikmati hidangan lontong kering, kuih muih, hotdog, kentang goreng, set makanan marybrown dan juga jajan-jajan. sebelum itu, murid-murid yang diraikan memotong kek hari lahir.
    Selepas makan diteruskan pula dengan acara sukaneka iaitu rebut kerusi dan juga tiup belon sampai pecah.setiap acara telah dimenangi oleh 3 orang pemenang. tahniah.


 kek untk yang diraikan


 gambar kaum 1 Malaysia tempat pertama pertandingan mewarna


 Majlis tamat pada jam 11.30 hari.. semua murid suka dan teruja...

Tuesday, March 27, 2012

Hari Lahir Dhiyauddin Hazim bin Dahlan

Tarikh : 16 Februari 2012
Hari : Khamis

Happy birthday Dhiyauddin Hazim...
semoga panjang umur, murah rezeki...ditetapkan iman supaya senang belajar...Amin..


Terima kasih kepada En. Dahlan sekeluarga kerana sudi menyambut hari lahir anaknya di kelas prasekolah Raudhah. terima kasih juga di atas sumbangan beliau sekeluarga.

inilah Dhiyauddin Hazim b Dahlan... Birthday boy..

ni pula cikgu Rozita guru prasekolah Raudhah tumpang sekali berposing yer...

kak wa pun nk berposing gak...

jeles la anak murid yang lain... jom la kite semua berposing... nanti yang lain boleh lah sponsor gak yer...

Bersukaria menikmati hidangan dan kek...

Kreativiti & Estetika

Tarikh: 22 Mac 2012
Hari : Jumaat
Tema : Pekerjaan

Dalam tema pekerjaan murid- murid akan menghasilkan stick puppet pekerjaan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • Kertas gambar pekerjaan
  • pensel warna
  • gunting
  • gam
  • stick aiskrim

Ini adalah gambar pekerjaan yang diwarnakan oleh murid-murid

Selepas mewarna, murid-murid akan menggunting gambar tersebut dan di tampal
pada stick aiskrim

ini hasil yang telah siap ditampal pada stick aiskrim.

ini sebahagian murid yang telah siap dengan hasil puppet pekerjaan mereka.
masing-masing teruja untuk tunjuk kepada ibubapa mereka.

Monday, March 26, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Tarikh : 17 Februari 2012
Hari : Jumaat
Tempat : Laluan Ilmu SK Kangkar Pulai 2
Masa : 7.00 - 12.00 tengahari
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SK Kangkar Pulai 2

Sambutan Maulidur Rasul diadakan bertujuan memberi pe
ndedahan kepada murid tentang sirah Nabi Muhammad SAW, menanamkan dalam diri murid sikap berani melakukan perintah dan suruhan Allah. Selain itu, ia juga dapat memupuk kerjasama dan semangat antara warga sekolah dengan ibubapa murid-murid.
Majlis ini dimulakan dengan pertandingan perarakan antara kelas-kelas. Selepas itu, murid sesi pagi akan mendengar ceramah manakala murid prasekolah diadakan pertandingan mewarna. Seramai 3 orang telah dipilih sebagai pemenang acara mewarna.
Majlis diakhiri dengan jamuan pada jam 12 tengahari.Tiga pemenang acara mewarna ialah :
1. Muhammad Eiman Nuafal
2. Dareen Rania
3. Dhiyauddin Hazim

tahniah kepada pemenang...

Selamat Datang Guru Besar Baru....

Salam 1 Malaysia....

Dah bulan tiga baru sempat update blog prasekolah ni... banyak kerja perlu dibereskan dulu... sekarang baru lapang..
Sebelum tu...kami warga prasekolah SKKP 2 mengucapkan salam perpisahan dan jutaan terima kasih kepada mantan guru besar kami iaitu En Jaafar bin Warmat yang telah bertukar di SK Taman Sri Pulai Perdana.. Diharap jangan dilupakan kite semua di sini... Segala jasa baik En Jaafar akan kami kenang..

Diucapkan Selamat Datang kepada En . Razali bin Lan selaku Guru Besar baru di SKKP 2...