

Pada hari rabu, 19 Mei 2010 bertempat di Stadium Bandar Tenggara, Kulaijaya telah berlangsung satu temasya Kejohanan Olahraga Prasekolah untuk kali ke 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan haji Bahrom bin Ali iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kulai. Majlis ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 60m, lari 80m, lompat tinggi, lompat jauh, baling bola lisut dan 4 x 50m. Pada kejohanan kali ini, Prasekolah SK Kangkar Pulai tidak memenangi apa-apa kemenangan.. nampaknya,, tiada rezeki la...Kita cuba lagi pada tahun hadapan. Insyaallah...
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Salam perkenalan dan alu-aluan buat 2 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru yang telah memulakan tugasnya pada 18 Januari 2010 sehingga 30 April 2010 di Prasekolah ini. Puan Nor Fadillah bt Khalid dan Puan Suhana bt Sulaiman adalah guru praktikum fasa 11 yang bersama-sama membimbing murid-murid untuk meningkatkan lagi pembelajaran.










