Glitter Words

Monday, July 1, 2013

Haiwan Jinak

Tema : Haiwan Jinak
Tajuk : Kolaj biri -biri daripada kapas

Hari ini murid -murid seronok dapat gambar biri- biri, warnakan kepala dan tampal badan dengan menggunakan kapas.. so, dapat la hilangkan tension kena menulis dan membaca. jom layan gambar.








Sambutan Hari Lahir murid kali pertama 2013 ( JAN - MEI )

Tarikh : 21 Mei 2013
Hari : Selasa
Tempat : Prasekolah Raudhah

         Sambutan hari lahir murid kali pertama diadakan pada tahun 2013 melibatkan murid yang lahir pada bulan Januari sehingga bulan Mei. Seramai 12 orang murid yang diraikan.
         Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna. selepas itu, murid yang diraikan akan memotong kek dan seterusnya menjamu selera. Juadah yang disediakan ialah sate, nugget, hotdog, jajan dan juga kek sebanyak lima biji.
         Murid juga turut menerima cenderahati daripada pihak prasekolah. jom kita layan gambar di bawah.









Monday, May 13, 2013

Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah Raudhah ke Legoland Malaysia.

Tarikh : 9 Mei 2013
Hari : Khamis
Tajuk : Lawatan Sambil Belajar.

Pada 9 Mei 2013, kami telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Legoland Malaysia. Seramai 25 orang murid Prasekolah Raudhah dan 2 org guru serta 6 orang ibubapa murid turut serta. Terima kasih kepada Cik Sheila Shamsuddin yang mengatur segala quatation supaya memudahkan kita berurusan. Jom layan gambar murid ...
 Menunggu pintu Legoland di buka untuk lawatan

 semua murid seronok untuk bergambar.

 Sebahagian murid sedang bermain 

Kami mengucapkan terima kasih kepada para ibu murid yang cukup sporting untuk menyertai lawatan ini dan bersama-sama dalam program prasekolah Raudhah..tq