Glitter Words

Thursday, June 16, 2011

Stick Puppets

Tajuk : Membuat Stick Puppets
Hari : Rabu
Tarikh : 15 Jun 2011


Pada minggu ini, murid prasekolah Raudhah telah melakukan aktiviti kreativiti membuat stick puppets yang mengikut tema ' haiwan darat '. Jom tengok hasil murid- murid prasekolah Raudhah.

Bahan-bahan:
  1. kertas gambar
  2. pensil warna
  3. gunting
  4. gam
  5. stick ais-krim

Cara-cara membuat stick puppets:
  1. warnakan gambar
  2. gunting mengikut gambar tersebut
  3. Gam pada stick ais-krim
  4. siap...


ini lukisan yang belum diwarnakan lagi.



hasil kerja murid


hasil kerja murid

Thursday, May 26, 2011

Lawatan Prasekolah

Tajuk : Lawatan Prasekolah ke Perpustakaan Awam Taman Universiti
Hari : Rabu
Tarikh: 25 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Jawatan pengurusan prasekolah SK Kangkar Pulai 2 telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan satu lawatan ke perpustakaan awam Taman Universiti pada tahun ini. Acara ini merupakan satu aktiviti tahunan prasekolah.Lawatan ini diuruskan oleh Cikgu Rozita, Cikgu Rosli dan Puan Najuwana.
Murid-murid bertolak dari sekolah pada jam 8.45 pagi dengan menaiki bas yang telah ditempah. kami sampai di perpustakaan pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Puan Najidah Othman. Di samping melawat perpustakaan kita juga mengadakan aktiviti mewarna batik DIY yang di uruskan oleh Pn. Angela.

Selain itu, makanan murid prasekolah disediakan oleh pihak Mc Donald yang datang menguruskan dan juga mengadakan permainan untuk murid-murid. Terima kasih di atas layanan dan cenderahati dari pihak Puan Najidah selaku ketua cawangan perpustakaan Taman Universiti.
Majlis selesai pada jam 2.00 petang . Murid-murid gembira dengan hasil mewarna batik masing-masing.


Penerangan oleh Pn. Najidah iaitu Ketua Cawangan Perpustakaan


Gambar Batik 1 Malaysia yang akan diwarnakan oleh murid-murid


Murid prasekolah sedang kyusuk mewarna batik masing-masing






Ini adalah hasil batik yang telah siap diwarnakan.




Murid-murid dengan hasil batik


Acara permainan yang dikendalikan oleh pihak Mc donald




Murid-murid menjamu selera

Friday, May 20, 2011

Sambutan Hari Guru Prasekolah Raudhah

Tajuk: Sambutan Hari Guru bersama murid Prasekolah Raudhah
Tarikh: 18 Mei 2011
Hari: Rabu
Masa:7.30 pagi - 11.30 pagi

Aturcara majlis
7.30 - 7.50 : Murid bersarapan
7.50 - 8.00 : Penerangan tentang majlis ini
8.00 - 8.40 : Sukaneka ( acara tiup belon dan rebut kerusi )
8.40 - 9.40 : Pertandingan mewarna TERIMA KASIH CIKGU
9.40 - 10.00: Jamuan makan
10.00 - 11.00 : Pertandingan mencipta kad hari guru
11.00 - 11.20 : Penyampaian hadiah
11.20 - 11.30 : Kemas kelas dan pulang.

Senarai Pemenang
1. Acara tiup belon
Pertama - Imanina bt Mohd Zaire
Kedua - Muhammad Amin b Azri
Ketiga - Umairah bt Mohd Afenddy

2. Acara rebut kerusi
Pertama - Hasif Hazlami b Zulkifli
Kedua - Mohd Roszaidi b Rosli
Ketiga - Nurizzatul Awatif bt Abd Jalil

3. Pertandingan mewarna
Pertama - Sh. Damia Hazirah bt Sy Abu Bakar
Kedua - Mohd Roszaidi b Rosli
Ketiga - Izzatul Hidayah bt Romaino Risham

4. Pertandingan Mencipta kad Hari Guru
Pertama - Nurizzatul Awatif bt Abd Jalil
Kedua - Umairah bt Mohd Afenddy
Ketiga - Muhammad Fitri Hariz




























Terima kasih semua di atas kerjasama yang diberikan. Tahun depan kita berjumpa lagi. Insyaallah..