Glitter Words

Monday, July 1, 2013

Pertandingan Bola Baling Zon Selatan Daerah Kulaijaya

Tarikh : 27 Jun 2013
Hari : Selasa
Tempat : Dewan SKJ ( C ) Hwo Hwa, Skudai , Johor.

        Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya telah menjalankan satu pertandingan bola baling murid prasekolah bagi murid perempuan sahaja. Seramai 5 orang wakil setiap sekolah bagi zon selatan. Prasekolah SKKP 2 telah mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut.




Tahniah diucapkan...

Haiwan Jinak

Tema : Haiwan Jinak
Tajuk : Kolaj biri -biri daripada kapas

Hari ini murid -murid seronok dapat gambar biri- biri, warnakan kepala dan tampal badan dengan menggunakan kapas.. so, dapat la hilangkan tension kena menulis dan membaca. jom layan gambar.








Sambutan Hari Lahir murid kali pertama 2013 ( JAN - MEI )

Tarikh : 21 Mei 2013
Hari : Selasa
Tempat : Prasekolah Raudhah

         Sambutan hari lahir murid kali pertama diadakan pada tahun 2013 melibatkan murid yang lahir pada bulan Januari sehingga bulan Mei. Seramai 12 orang murid yang diraikan.
         Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna. selepas itu, murid yang diraikan akan memotong kek dan seterusnya menjamu selera. Juadah yang disediakan ialah sate, nugget, hotdog, jajan dan juga kek sebanyak lima biji.
         Murid juga turut menerima cenderahati daripada pihak prasekolah. jom kita layan gambar di bawah.