Glitter Words

Friday, February 18, 2011

Kreativiti Frame Gambar

Pada minggu ni , kami telah mencipta frame gambar untuk setiap murid prasekolah Raudhah kerana tema minggu ini ialah " Keluarga saya".


Antara bahan yang digunakan ialah sepit baju kayu.. firstly... buka besi sepit tersebut seperti gambar di atas.


Setiap frame memerlukan dua sepit kayu ini.. gunakan stepler gun di empat penjuru frame tersebut.


Ini adalah contoh frame yang telah dihias sebagai contoh.. boleh letakkan riben sebagai tempat untuk menggantung frame ini. kemudian, potong manila kad dan tampal di belakang frame itu supaya senang murid untuk menampal gambar masing-masing.


Ini adalah salah seorang murid dengan hasil kreativitinya sendiri. tahniah!










Masing-masing teruja kerana dapat menghasilkan frame bersama gambar masing-masing.

Wednesday, February 16, 2011

Larian Merentas Desa

Pada hari sabtu iaitu 12 febuari 2011 telah diadakan acara merentas desa anjuran Pejabat pelajaran Daerah Kulai dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersempena slogan satu murid satu sukan.
Sehubungan itu, semua guru-guru, pekerja-pekerja, ibubapa dan juga murid-murid dijemput menyertai acara ini. Murid prasekolah juga tidak ketinggalan menyertai acara merentas desa ini tetapi sekadar 1km sahaja..






Sebelum acara merentas desa dijalankan, kami sama-sama melakukan acara senamrobik terlebih dahulu.. semoga tidak penat semasa merentas desa nanti..



Sunday, February 6, 2011

Kad KVK

Ini adalah kad sukukata KVK yang sempat saya hasilkan untuk kegunaan murid prasekolah atau sebagai hiasan dinding kelas.




Saturday, February 5, 2011

Hari

Ini adalah BBM Hari dalam seminggu..









Kepada sesiapa yang berminat boleh download bahan ini... terima kasih.

Kad Sukukata KVKVK

Ini adalah kad KVKVK yang sempat dihasilkan semasa cuti Tahun Baru Cina.... murid prasekolah cuti selama seminggu tapi saya bekerja pada hari isnin dan selasa so dapatlah siapkan bahan-bahan baru..







Kepada sesiapa yang berminat boleh download, print, liminated dan tampal kat kelas atau sebagai abm di kelas.

Tahun 2011

Salam satu Malaysia....

Pada tahun 2011 ini, prasekolah SK Kangkar Pulai 2 telah ditambah lagi satu kelas prasekolah tetapi masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada Mac 2011.. Untuk pembelajaran sekarang kelas prasekolah telah dijalankan dalam 2 sesi pembelajaran iaitu sesi pagi dan petang... sesi pagi bermula pada jam 7.30pagi hingga 11.30pagi manakala sesi petang bermula jam 12.00 hingga 4.00 petang.. guru yang mengajar sesi pagi masih lagi Pn. Rozita Ahmad dan PPM Pn. Najuwana Mohd Rosli manakala guru sesi petang pula En. Mohd Rosli b Mohamed Salleh. PPM petang masih belum tiba lagi dan dibantu oleh PPM pagi..
Harap-harap PPM baru akan tiba secepat mungkin kerana banyak kerja-kerja yang perlu dilaksanakan masih belum selesai..